Antara adab yang diajarkan oleh syariat ialah meninggalkan perbuatan keluar (rumah atau tempat perlindungan) ketika angin kencang dan seumpamanya.
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Nabi ﷺ ketika Perang Tabuk bersabda:
“Akan bertiup ke atas kamu pada malam ini angin yang sangat kencang. Maka janganlah seorang pun daripada kamu bangun (keluar) pada waktu itu. Sesiapa yang mempunyai unta, hendaklah dia mengikat talinya dengan kuat.”
Maka bertiuplah angin yang sangat kencang. Lalu seorang lelaki bangun (keluar), lalu angin itu mengangkatnya sehingga mencampakkannya ke dua gunung Ṭayy.