Dapat khabar duka bahawa pada dua hari lepas, ketika berlangsungnya Hari Arafah yang agung, ketika umat Islam sedang kembali menghadap Tuhan mereka dan mengangkat tangan penuh pengharapan kepada-Nya, seorang ulama salafi dari Burkina Faso; Shaykh Muhammad Ishaq Kundu telah ditangkap dan dibawa lari dari rumahnya.
Tak pasti siapa yang tangkap beliau, sama ada pihak kerajaan Burkina Faso ataupun pihak yang memusuhi dakwah tauhid.
Mari kita sama-sama panjatkan doa ke hadrat Allah yang Maha Berkuasa agar memelihara beliau dan melepaskan beliau.
Shaykh Muhammad Ishaq Kundu ada mengarang beberapa kitab yang sangat bermanfaat, antaranya:
1. Manhaj al-Ḥāfiẓ ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī fī al-ʿAqīdah min Khilāl Kitābihi: Fatḥ al-Bārī (Manhaj Akidah al-Ḥāfiẓ ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī Berdasarkan Kitab Fatḥ al-Bārī)
2. al-Tasbīḥ fī al-Kitāb wa al-Sunnah wa al-Radd ʿalā al-Mafāhīm al-Khāṭiʾah fīh (Tasbih Menurut al-Qurʾān dan al-Sunnah serta Jawapan terhadap Kefahaman yang Salah Tentangnya), kitab ini telah diberi kata pengantar oleh Shaykh Abd al-Razzaq al-Badr.