Perkataan Imam Muhammad bin Jarir al-Tabari pada masalah Sifat Turun dan Datang nya Tuhan pada hari Kiamat
Jika ada seseorang berkata kepada kami(hal Sifat Tuhan) :
Apakah yang kamu maksudkan dengan perkara itu?
Maka dijawab kepadanya: Maksudnya ialah sebagaimana yang ditunjukkan oleh zahir khabar (hadis) tersebut. Tidak ada bagi kami terhadap khabar itu melainkan menerima (taslim) dan beriman dengannya.
Maka kami berkata: Tuhan kami Yang Maha Agung (يجيء) datang pada hari Kiamat, dan para malaikat berbaris-baris. Dia (نازل) turun ke langit dunia dan turun kepadanya pada setiap malam.
Dan kami tidak mengatakan bahawa maksudnya ialah ‘turunnya perintah-Nya’. Bahkan kami mengatakan: perintah-Nya sentiasa turun kepadanya pada setiap saat dan setiap waktu, serta kepada selainnya daripada seluruh makhluk yang wujud selagi mereka masih wujud.
Tidak ada satu saat pun yang kosong daripada perintah-Nya. Maka tidak ada sebab untuk mengkhususkan turunnya perintah-Nya ke langit dunia pada waktu tertentu tanpa waktu yang lain, selagi ia terus wujud dan kekal.
Dan sebagaimana yang kami katakan dalam makna-makna ini, maka pendapat yang benar dalam setiap perkara yang datang dalam khabar tentang sifat-sifat Allah Yang Maha Mulia dan nama-nama-Nya adalah seperti yang telah kami sebutkan.