Jumat, 17 April 2026

Imam al-Hafiz Abu al-Qasim Ismail bin Muhammad at-Taimi al-Asbahani (535H) berkata:

Imam al-Hafiz Abu al-Qasim Ismail bin Muhammad at-Taimi al-Asbahani (535H) berkata:

Ini adalah mazhab Malik, ath-Thauri, al-Auza‘i, asy-Syafi‘i, Hammad bin Salamah, Hammad bin Zaid, Ahmad, Yahya bin Sa‘id al-Qattan, ‘Abdurrahman bin Mahdi, dan Ishaq bin Rahawaih:

Sesungguhnya sifat-sifat Allah yang Dia sifatkan diri-Nya dengannya, dan yang disifatkan oleh Rasul-Nya seperti pendengaran, penglihatan, wajah, dua tangan, dan selainnya daripada sifat-sifat-Nya semuanya adalah menurut 𝗭𝗔𝗛𝗜𝗥𝗡𝗬𝗔 yang diketahui dan masyhur.

Tanpa membayangkan bagaimana keadaannya (tanpa kaifiyyah), tanpa menyerupakan (dengan makhluk), dan tanpa 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗸𝘄𝗶𝗹𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮. 

Berkata Ibn ‘Uyainah: ‘Setiap sesuatu yang Allah sifatkan diri-Nya dengannya, maka membacanya itu adalah tafsirnya.’
Kemudian beliau menjelaskan: ‘Iaitu ia kekal atas zahirnya, tidak boleh dipalingkan kepada makna majaz dengan sebarang bentuk takwil.

Ini Taqrir akidah Ahlussunnah terhadap nas Sifat Tuhan mereka menetapkan sesuai zahir ayat namun, Asymatur kata kalau berpegang pada zahir membawa kepada Kesesatan bahkan Kufur.Mereka sesat kan dan kufurkan Wahabi Tetapi Pada hakikat mereka sesat kan serta kufur kan Kibar Imam2 Ahlssunnah.
ust muhammad nur syafiq