Rabu, 15 April 2026

Imam al-Ghazali

Imam al-Ghazali

Beliau al-Ghazali ketika hayat pernah terjerumus dalam lembah Falsafah Ilmu kalam yang Sesat kemudian beliau dinyatakan bertaubat Beliau pada akhir hayatnya kembali kepada akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah, serta memberi tumpuan penuh kepada al-Kitab (al-Qur’an) dan as-Sunnah.

Beliau juga mencela ilmu kalam dan para pendukungnya, serta berpesan kepada umat agar kembali kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya ﷺ, serta beramal dengan apa yang dipegang oleh para sahabat رضي الله عنهم dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat.

Imam Ibn Taymiyyah berkata:

ﻭﺇﻥ ﻛﺎﻥ ﺑﻌﺪ ﺫﻟﻚ ﺭﺟﻊ ﺇﻟﻰ ﻃﺮﻳﻘﺔ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ، ﻭﺻﻨَّﻒ ﺇﻟﺠﺎﻡ ﺍﻟﻌﻮﺍﻡ ِّﻋﻦ ﻋﻠﻢ ﺍﻟﻜﻼﻡ

Dan sesungguhnya setelah itu beliau kembali kepada jalan Ahl al-Hadith, dan beliau menulis kitab Iljam al-‘Awwam ‘an ‘Ilm al-Kalam.

(Majmu‘ al-Fatawa, 7/4)

Beliau (al-Ghazali) رحمه الله تعالى berkata:

ﺇﻥ ﺍﻟﺼﺤﺎﺑﺔ ﺭﺿﻮﺍﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻬﻢ، ﻛﺎﻧﻮﺍ ﻣﺤﺘﺎﺟﻴﻦ ﺇﻟﻰ ﻣﺤﺎﺟَّﺔ ﺍﻟﻴﻬﻮﺩ ﻭﺍﻟﻨﺼﺎﺭﻯ ﻓﻲ ﺇﺛﺒﺎﺕ ﻧﺒﻮﺓ ﻣﺤﻤﺪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ، ﻓﻤﺎ ﺯﺍﺩﻭﺍ ﻋﻠﻰ ﺃﺩﻟَّﺔ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﺷﻴﺌًﺎ، ﻭﻣﺎ ﺭﻛﺒﻮﺍ ﻇﻬﺮ ﺍﻟﻠﺠﺎﺝ ﻓﻲ ﻭﺿﻊ ﺍﻟﻤﻘﺎﻳﻴﺲ ﺍﻟﻌﻘﻠﻴﺔ، ﻭﺗﺮﺗﻴﺐ ﺍﻟﻤﻘﺪِّﻣﺎﺕ، ﻛﻞ ﺫﻟﻚ ﻟﻌﻠﻤﻬﻢ ﺑﺄﻥ ﺫﻟﻚ ﻣﺜﺎﺭ ﺍﻟﻔﺘﻦ، ﻭﻣﻨﺒﻊ ﺍﻟﺘﺸﻮﻳﺶ، ﻭﻣَﻦْ ﻻ ﻳﻘﻨﻌﻪ ﺃﺩﻟَّﺔ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ، ﻻ ﻳﻘﻤﻌﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﺴﻴﻒ ﻭﺍﻟﺴﻨﺎﻥ، ﻓﻤﺎ ﺑﻌﺪ ﺑﻴﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻴﺎﻥ

Sesungguhnya para sahabat رضي الله عنهم memerlukan untuk berhujah dengan Yahudi dan Nasrani dalam menetapkan kenabian Muhammad ﷺ, namun mereka tidak menambah sesuatu pun ke atas dalil-dalil al-Qur’an, dan tidak menempuh jalan perdebatan yang berbelit-belit dalam membina ukuran akal dan menyusun mukadimah hujah berdasarkan akal. 

Semua itu kerana mereka mengetahui bahawa perkara tersebut adalah punca fitnah dan sumber kekeliruan. Sesiapa yang tidak merasa cukup dengan dalil-dalil al-Qur’an, maka tidak ada yang dapat menahannya kecuali pedang dan tombak. Maka selepas penjelasan Allah, tiada lagi penjelasan (yang lebih utama).

(Iljam al-‘Awwam ‘an ‘Ilm al-Kalam, hlm. 89–90)
ust muhammad nur syafiq