Jumat, 17 April 2026

Imam Ubayd Allah ibn Sa'id al-Sijzi رحمه الله berkata dalam risalahnya kepada أهل زبيد:

Imam Ubayd Allah ibn Sa'id al-Sijzi رحمه الله berkata dalam risalahnya kepada أهل زبيد:

Wajib diketahui bahawa apabila Allah Ta‘ala mensifatkan diri-Nya dengan suatu sifat yang difahami dalam 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗔𝗿𝗮𝗯 dan ayat itu ditujukan kepada mereka dengan makna yang biasa mereka gunakan sesama mereka,serta Allah tidak menjelaskan bahawa makna itu berbeza daripada yang mereka fahami.

dan Nabi ﷺ juga tidak mentafsirkannya dengan tafsiran yang menyelisihi zahir,
maka sifat itu difahami berdasarkan makna zahir yang mereka fahami dan kenali.

Beliau juga berkata:

Para imam telah bersepakat bahawa sifat-sifat Allah tidak diambil kecuali dengan Wahyu dan begitu juga penjelasannya tidak boleh kecuali dengan wahyu.

Maka kata-kata ahli kalam yang:
menafikan sifat-sifat Allah atau
menetapkannya hanya dengan akal semata-mata atau mentakwilkannya kepada makna yang menyelisihi zahir adalah suatu kesesatan.

Tidak boleh mensifatkan Allah melainkan dengan apa yang Allah sifatkan untuk diri-Nya, atau yang disifatkan oleh Rasul-Nya ﷺ.

Itu pun apabila hadis tersebut sahih dan tidak ada syubhat pada kesahihannya.
Adapun riwayat-riwayat yang lemah atau jalan yang tidak sahih, maka tidak boleh dijadikan pegangan dalam akidah tentang zat dan sifat Allah.

Ini berdasarkan kesepakatan para ulama ahli athar (ahli hadis).
ust muhammad nur syafiq