Jumat, 03 Oktober 2025

Wahai sekalian manusia, jauhilah oleh kamu syirik, kerana sesungguhnya ia lebih tersembunyi daripada langkah semut

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Wahai sekalian manusia, jauhilah oleh kamu syirik, kerana sesungguhnya ia lebih tersembunyi daripada langkah semut."

Lalu sebahagian para sahabat bertanya: "Bagaimana kami dapat menjauhinya, sedangkan ia lebih tersembunyi daripada langkah semut, wahai Rasulullah?"

Baginda ﷺ bersabda: "Ucapkanlah doa ini:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ، وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا نَعْلَمُهُ

"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada mempersekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun kepada-Mu terhadap apa yang tidak kami ketahui."

— Sahih at-Targhib oleh al-Albani (36)
ustadz ibnu salam