Ulama Ahlissunnah memahami bahwa Allah di atas Langit dan Jahmiyyah menafikan mereka berlawanan dengan Akidah Salaf
نقل البخاري في خلق أفعال العباد عن الحسن بن موسى الأشيب: الجهمي إذا غلا، قال ليس ثم شيء وأشار الأشيب إلى السماء. [خلق أفعال العباد للبخاري
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam Khalq Af‘āl al-‘Ibād daripada al-Hasan bin Musa al-Ashyab bahawa beliau berkata:
Seorang Jahmi apabila melampau (dalam kesesatannya), dia akan berkata: ‘Tidak ada sesuatu pun di atas sana’, lalu al-Ashyab memberi 𝐢𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐤𝐞 𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭.
[Khalq Af‘āl al-‘Ibād, al-Bukhari]
Jelas bahwa al-Ashyab memahami bahwa Tuhan berada di atas dengan mengisyaratkan أشار الأشيب إلى السماء
Beliau bukan lah Wahabi kerana zaman beliau Muhammad Ibn Abd al-Wahhab belum lahir.
Status kedudukan beliau adalah الإمام الفقيه (Imam yang Faqih) الحافظ الثقة (al-Hafiz yang Thiqah) قاضي (Qadi) pada zaman nya seperti mana di nukil oleh Imam al-Zahabi di dalam سير أعلام النبلاء
Daripada beliau (beliau) meriwayatkan hadith: Ahmad bin Hanbal, Abu Khaythamah, Ahmad bin Mani‘, Hajjāj bin al-Shā‘ir, ‘Abd bin Humayd, Abu Ishāq al-Jawzajānī, Muhammad bin Ahmad bin Abi al-‘Awwām, al-Hārith bin Abi Usāmah, Bishr bin Musa, Ishāq bin al-Hasan al-Harbi, dan ramai lagi.
Bahwkan beliau di nilai Thiqah oleh Yahya Ibn Main
Beliau pernah memegang jawatan qadi di Hims, qadi di Tabaristan, kemudian memegang jawatan qadi di Mosul. Beliau termasuk dalam kalangan gudang-gudang ilmu, dan tidak bertaqlid kepada sesiapa pun.
Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Ammar al-Hafiz berkata:
Di Mosul terdapat sebuah gereja yang telah runtuh. Maka orang-orang Nasrani berkumpul menemui al-Hasan al-Ashyab, lalu mereka mengumpulkan untuknya seratus ribu dirham dengan syarat beliau menghukum agar gereja itu dibina semula. Maka beliau berkata:
Serahkan wang itu kepada sebahagian saksi.Apabila mereka hadir di masjid jami‘, beliau berkata:
Persaksikanlah ke atasku bahawa aku telah memutuskan hukum: gereja itu tidak boleh dibina. Maka orang-orang Nasrani pun beredar, dan beliau memulangkan kembali wang tersebut kepada mereka.’
Abu Hatim berkata:
‘Al-Ashyab wafat di Rayy, dan aku menghadiri jenazahnya.’
Ibnu Sa‘d berkata:
Beliau memegang jawatan qadi di Hims dan Mosul pada zaman Harun al-Rashid. Kemudian beliau datang ke Baghdad, sehingga al-Ma’mun melantiknya sebagai qadi Tabaristan. Maka beliau berangkat ke sana, lalu wafat di Rayy pada tahun 209 Hijrah, pada bulan Rabi‘ al-Awwal.