Sabtu, 27 Desember 2025

BELILAH BUKU WALAUPUN TAK BACA [LAGI]!

BELILAH BUKU WALAUPUN TAK BACA [LAGI]!

قَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ يَنْبَغِي لِلْمَرْءِ أَنْ يَذْخَرَ أَنْوَاعَ الْعُلُومِ، وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ بِمَعْلُومٍ، وَأَنْ يَسْتَكْثِرَ مِنْهَا، وَلَا يَعْتَقِدَ الْغِنَى عَنْهَا فَإِنَّهُ إِنِ اسْتَغْنَى عَنْهَا فِي حَالٍ احْتَاجَ إِلَيْهَا فِي حَالٍ وَإِنْ سَئِمَهَا فِي وَقْتٍ، ارْتَاحَ إِلَيْهَا فِي وَقْتٍ، وَإِنْ شُغِلَ عَنْهَا فِي يَوْمٍ فَرَغَ لَهَا فِي يَوْمٍ 
“Sebahagian ahli ilmu berkata: seseorang itu wajar mengumpulkan dan menyimpan pelbagai cabang ilmu, walaupun pada ketika tertentu dia belum melihat keperluannya. Dia juga hendaklah berusaha memperbanyakkannya dan jangan sekali-kali menyangka dirinya sudah tidak berhajat kepada ilmu tersebut. Ini kerana ilmu yang dirasakan tidak diperlukan pada satu masa, boleh jadi sangat diperlukan pada masa yang lain; ilmu yang terasa membosankan pada suatu waktu, boleh menjadi sumber ketenangan pada waktu yang lain; dan ilmu yang terabai pada satu hari, mungkin akan ada ruang dan kelapangan untuknya pada hari yang lain.”

Al-Baghdadi, al-Khatib. Taqyid al-‘Ilm, m. 176.
Ustadz muhammad razif