Selasa, 30 Desember 2025

Hukum Memercik Air di Kubur Selepas Pengebumian

Hukum Memercik Air di Kubur Selepas Pengebumian

(1) Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها:
Bahawa Nabi ﷺ memercikkan air di atas kubur anaknya, Ibrahim.
Al-Haithami berkata: Diriwayatkan oleh at-Tabarani dalam al-Awsat, dan para perawinya adalah perawi-perawi sahih.
(2) Daripada ‘Amir bin Rabi‘ah رضي الله عنه:
Bahawa Nabi ﷺ berdiri di sisi kubur ‘Uthman bin Maz‘un lalu memerintahkan agar air dipercikkan ke atas kuburnya.
Al-Haithami berkata: Diriwayatkan oleh al-Bazzar, dan para perawinya adalah orang-orang yang dipercayai (thiqqah).

Kesimpulan hukum :
Disunatkan (digalakkan) memercikkan air di atas kubur selepas pengebumian, bertujuan menetapkan dan mengukuhkan tanah kubur supaya tidak diterbangkan angin, dan kerana perbuatan Nabi ﷺ ketika mengebumikan anaknya, Ibrahim.
Rujukan:
Asnā al-Maṭālib (jilid 1, hlm. 329)
Kashshāf al-Qinā‘ (jilid 2, hlm. 139)
ustadz ibnu salam