Maksud meninggalkan (berhubungan dengan) ahli bid‘ah Iaitu menjauhkan diri daripada mereka dan meninggalkan mencintai mereka, serta meninggalkan untuk berwala' (berkasih sayang/loyal) dengan mereka, memberi salam kepada mereka, menziarahi mereka, menziarahi ketika sakit dan seumpamanya.
Dan menjauhi ahli bid‘ah adalah wajib, berdasarkan firman Allah Ta‘ala:
"Engkau tidak akan mendapati satu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mencintai orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya..." [Surah al-Mujadilah: 22]
Dan kerana Nabi ﷺ telah memulau (menghukum dengan tidak bergaul) Ka‘ab bin Malik dan dua sahabatnya ketika mereka tidak menyertai peperangan Tabuk.
– Al-‘Allamah Ibn ‘Uthaymin رحمه الله
Syarh Lum‘atul I‘tiqad (halaman 110)
Ustadz ibnu salam