Rabu, 14 Januari 2026

Kenapa Imam Ibn Taymiyyah membantah al-Razi dalam بيان تلبيس الجهمية

Kenapa Imam Ibn Taymiyyah membantah al-Razi dalam بيان تلبيس الجهمية

Ini kerana Imam Ibn Taymiyyah melihat ada kesesatan pada pegangan al-Razi dalam beberapa masalah fi Ta’sis Bid‘ahihim al-Kalamiyyah Pada menafikan al-Uluw Tuhan di atas Arash.

Ibn Taymiyyah tidak lah menyesatkan Sosok al-Razi jauh lagi mengkafirkan beliau kerana Imam Ibn Taymiyyah juga berpendapat bahwa al-Razi telah bertaubat dari kesesatan beliau ketika hayat serta Imam Ibn Taymiyyah mendoakan kebaikan buat beliau. 

Kata Imam Ibn Taymiyyah :

 ما سلكه أهل البدع من أهل الفلسفة والكلام لا يصلون إلى علم ويقين، بل إنما غاية صاحبه الشك والضلال ، وهذا مما اعترفت به حذاقهم، وممن اعترف به أبو عبد الله الرازي رحمه الله في غير موضع من كتبه ، ولفظه في بعضها : " لقد تأملت الكتب الكلامية والمناهج الفلسفية فما رأيتها تشفي عليلاً ، ولا تروي غليلاً ، ورأيت أقرب الطرق طريقة القرآن ، أقرأ في الإثبات : (الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى ) طه/ 5 و ( إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ ) فاطر/ 10 . وأقرأ في النفي : ( لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ) الشورى/ 11 ( وَلَا يُحِيطُونَ بِهِ عِلْمًا ) طه/ 110 . ومن جرب مثل تجربتي عرف مثل معرفتي " .
وهذا قاله في آخر عمره في آخر ما صنفه ، وهو كثير التناقض ، يقول القول ثم يرجع عنه ، ويقول في الآخر ما يناقضه ، كما يوجد هذا في عامة كتبه ، تغمده الله برحمته ، وعفا عنه وسائر المؤمنين ( رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ ) وتوبته معروفة مشهورة " .

انتهى من "بيان تلبيس الجهمية" (8/ 529-530) 

Apa yang dilakukan oleh ahli bid‘ah daripada kalangan ahli falsafah dan ilmu kalam tidak membawa kepada ilmu dan kepastian, malah akhirnya adalah syak dan sesat.

Ini diakui oleh para pakar, termasuk al-Razi rahimahullah di tempat lain dalam kitabnya. Dalam beberapa karyanya, beliau menyatakan:

Aku telah meneliti kitab-kitab kalam dan metodologi falsafah, tetapi tidak menemui penyelesaian atau kepuasan.

Aku dapati cara yang paling hampir adalah cara al-Quran. Aku membaca dalam penegasan:

(Ar-Rahman ‘ala al-‘Arash istawa) [Taha/5] dan (Ilayhi yas‘adu al-kalimu at-tayyibu wal-‘amalu as-salihu yarfa‘uhu) [Fatir/10].
Dan dalam penafian: (Laysa kamithlihi shay’) [Asy-Syura/11] dan (Wa la yuhituna bihi ‘ilman) [Taha/110].

Sesiapa yang mencuba seperti pengalamanku, akan mengetahui seperti pengetahuanku.

Beliau berkata ini pada akhir hayatnya, dalam karya terakhirnya, walaupun beliau sering bercanggah dalam tulisannya:

berkata sesuatu kemudian menariknya kembali, dan mengatakan sesuatu yang bertentangan dengan sebelumnya. Keadaan ini terdapat dalam kebanyakan karyanya.
Semoga Allah mengurniakan rahmat ke atasnya, mengampuni dia dan semua orang mukmin:

Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau menaruh permusuhan dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Taubat al-Razi diketahui umum dan terkenal.

daripada Bayan Talbis al-Jahmiyyah 8/529–530)

Kesesatan al-Razi ketika hayat beliau juga disebutkan oleh Imam-Imam lain selain Ibn Taymiyyah

 وذكر عنه ابن كثير رحمه الله ف " البداية والنهاية" (17/11-12) رجوعه إلى مذهب السلف فقال : " وَقَدْ ذَكَرْتُ وَصِيَّتَهُ عِنْدَ مَوْتِهِ ، وَأَنَّهُ رَجَعَ فِيهَا إِلَى طَرِيقَةِ السَّلَفِ ، وَتَسْلِيمِ مَا وَرَدَ عَلَى الْوَجْهِ الْمُرَادِ اللَّائِقِ بِجَلَالِ اللَّهِ تَعَالَى " انتهى .

وكذلك ذكر ابن القيم رحمه الله في أكثر من موضع من
كتبه : أن الرازي " رجع إلى طريقة الوحي والآثار النبوية

Ibn Kathir rahimahullah menyebut tentang al-Razi dalam Al-Bidayah wa An-Nihayah (17/11–12) mengenai Dakwaan kembalinya beliau al-Razi kepada Mazhab Salaf, dengan berkata:

Aku telah menyebut wasiatnya ketika meninggal dunia, bahawa beliau kembali di dalamnya kepada cara Salaf, dan menyerahkan segala yang datang kepadanya sesuai dengan maksud yang layak dengan kebesaran Allah Ta‘ala.

Demikian juga, Ibn al-Qayyim rahimahullah الصواعق المرسلة " (3/1166) menyebut di banyak tempat dalam kitab-kitabnya bahawa al-Razi:

رجع إلى طريقة الوحي والآثار النبوية

Kembali kepada cara wahyu dan hadis Nabi ﷺ.

وقال الحافظ الذهبي رحمه الله عن الفخر الرازي في ترجمته من " السير " ( 21/500) :

 العلامة الكبير ذو الفنون فخر الدين محمد بن عمر بن الحسين القرشي البكري الطبرستاني الأصولي المفسر ، كبير الأذكياء والحكماء والمصنفين ، كان يتوقد ذكاء ، وقد بدت منه في تواليفه بلايا وعظائم ، وسحر وانحرافات عن السنة ، والله يعفو عنه ، فإنه توفي على طريقة حميدة ، والله يتولى السرائر " انتهى

Al-‘Allamah al-Kabir, pakar dalam pelbagai ilmu, Fakhr al-Din Muhammad bin Umar bin al-Husayn al-Qurashi al-Bakri at-Tabristani, ahli usul dan mufassir, seorang yang sangat cerdas, bijaksana, dan pengarang karya.

Beliau mempunyai kecerdasan yang luar biasa, namun terdapat kesilapan besar, sihir, dan penyimpangan daripada Sunnah dalam karya-karyanya.

Allah mengampuninya, kerana beliau meninggal dunia dalam manhaj yang baik, dan Allah menjaga perkara-perkara yang tersembunyi.

Jadi beberapa pegangan al-Razi serta kesesatan beliau pada hayat beliau yang di bantah Imam Ibn Taymiyyah pada harini di ambil kembali oleh sebahagian al-Ashairah dan menyangka itulah kebenaran.

Kalau Allah berikan Hidayah kepada mereka sudah pasti mereka juga akan jadi seperti al-Razi dan mereka juga akan mengucapkan perkataan seperti al-Razi :

لقد تأملت الكتب الكلامية والمناهج الفلسفية فما رأيتها تشفي عليلاً ، ولا تروي غليلاً

Aku telah meneliti kitab-kitab kalam dan falsafah, tetapi aku tidak menemui ia memberi penyelesaian atau ketenangan hati.
ustadz muhammad nur safiq