Selasa, 03 Februari 2026

keutamaan dan kedudukan Ibnu Taimiyyah

Kitab al-Radd al-Wāfir ‘alā man za‘ama anna man sammā Ibn Taymiyyah Shaykh al-Islām kāfir

Ditulis oleh Ibnu Nāṣir ad-Dīn ad-Dimashqī bertujuan membantah Ahli kalam Muḥammad bin Muḥammad al-Bukhārī al-Ḥanafī yang mengkafirkan Imam Ibn Taymiyyah.

Perkataan dia yang diucapkan terhadap Imam Ibn Taymiyyah :

إن من سمى ابن تيمية "شيخ الإسلام" فهو كافر

Sesungguhnya sesiapa yang menamakan Ibn Taimiyyah sebagai ‘Syaikh al-Islam’, maka dia kafir

Perkataan ini diucapkan seratus tahun selepas wafatnya Imam Ibn Taimiyyah!Maka bangkitlah ulama sezamannya, iaitu al-‘Allāmah Muḥammad bin Abī Bakr Ibnu Nāṣir ad-Dīn ad-Dimashqī al-Shāfi‘ī, dengan menulis kitab ini.

Dalam kitab ini beliau:
Menjelaskan keutamaan dan kedudukan Ibnu Taimiyyah. Menyebut nama-nama ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah yang memberikan gelaran “Syaikh al-Islam” kepada Ibnu Taimiyyah Serta menghimpunkan sebahagian pujian para ulama terhadap beliau.
Umns