Selasa, 03 Februari 2026

Imam Ibn Jarir al-Tabari

Imam Ibn Jarir al-Tabari

Kata beliau pada masalah Sifat Tuhan

Maka ditetapkanlah semua makna yang telah kami sebutkan itu sebagaimana datangnya khabar (nas) daripada al-Quran dan sunnah, dengan menetapkannya atas apa yang difahami oleh akal sebagai hakikat penetapan, serta menafikan daripadanya penyerupaan.

Maka kami berkata:

Dia(Allah)mendengar  segala suara, tetapi tidak dengan gegendang telinga, dan bukan dengan anggota seperti anggota-anggota anak Adam.

Demikian juga Dia melihat, sebagaimana makhluk melihat, tetapi tanpa menyerupai penglihatan anak Adam yang menggunakan anggota-anggota mereka.

Dan bagi-Nya dua tangan, kanan dan kiri, serta jari-jari, namun bukan anggota tubuh, tetapi dua tangan yang dilimpahkan dengan nikmat ke atas makhluk, yang menggenggam dan melapangkan kebaikan.

Dan wajah-Nya bukan seperti wajah makhluk yang terdiri daripada daging dan darah.

Dan kami berkata:

Dia(Allah) tersenyum kepada sesiapa yang Dia kehendaki daripada makhluk-Nya, dan kami tidak mengatakan bahawa hal itu adalah kerana terbukanya gigi.Dan Dia turun setiap malam ke langit dunia.

Sesiapa yang mengingkari sesuatu daripada apa yang kami katakan ini, maka kami berkata kepadanya:

Sesungguhnya Allah Ta‘ala menyebutnya dalam Kitab-Nya:

وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَف

Dan datanglah Tuhanmu dan para malaikat berbaris-baris.

Dan Dia berfirman:

هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ

Tidaklah mereka menunggu melainkan Allah datang kepada mereka dalam naungan awan.

Dan Dia berfirman:

هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمُ الْمَلَائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ

Tidaklah mereka menunggu melainkan datang kepada mereka para malaikat, atau datang Tuhanmu, atau datang sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu.

Dari nas Imam al-Tabari ini dapat difahami beliau bukan mentaqrirkan akidah Tafwidh kulli tetapi beliau menepatkan sifat Tuhan berdasarkan zahir makna dan mentanzihkan Tuhan dari Tasybih seperti makhluk.
Ust muhammad nur syafiq