Uthman bin Sa‘id ad-Darimi رحمه الله تعالى berkata:
“Sesungguhnya nyanyian, ratapan, dan lolongan anjing adalah lebih baik daripada apa yang engkau riwayatkan daripada mereka (yakni golongan Jahmiyyah) berupa kisah-kisah ini yang tidak diukur dengan Kitab, tidak dengan Sunnah, dan tidak dengan ijmak…”
Beliau juga berkata:
“Maka sesungguhnya kami telah memberitahumu bahawa ratapan, nyanyian, dan lolongan anjing adalah lebih baik daripada kata-kata mereka dan tafsiran-tafsiran mereka (yakni golongan Jahmiyyah).”
— Naqd ad-Darimi ‘ala al-Marisi