Orang beriman di akhir zaman
Berkata sahabat Ibn Mas‘ud رضي الله عنه:
“Akan datang suatu masa ke atas manusia di mana orang beriman ketika itu lebih hina daripada seorang hamba wanita. Sesungguhnya kehinaan orang beriman di akhir zaman itu adalah kerana keterasingannya di tengah-tengah golongan ahli maksiat daripada kalangan pengikut syahwat dan ahli syubhat. Maka semuanya membencinya dan menyakitinya kerana jalannya yang berbeza dengan jalan mereka, tujuannya yang tidak sama dengan tujuan mereka, dan kerana perbezaannya dengan apa yang mereka berada di atasnya.”
(Majmū‘ Rasā’il Ibn Rajab, 2/329)
Ustadz ibnu salam