Sabda Rasulullah ﷺ:
> "Seorang lelaki tidur satu kali tidur, lalu dicabut amanah daripada hatinya."
📚 Sahih al-Bukhari (Hadis no. 6497)
Syarah (penjelasan) hadis oleh Syaikh Ibn ‘Uthaymin رحمه الله:
> "Seorang lelaki tidur, sama ada di waktu malam atau siang, dalam keadaan dia seorang yang amanah. Namun apabila dia bangun daripada tidurnya, didapati amanah telah dicabut daripada hatinya.
> Oleh sebab itu, disyariatkan untuk seseorang agar tidur dalam keadaan berzikir (mengingati Allah), dan bangun juga dalam keadaan berzikir.
> Alangkah perlunya kita untuk mempelajari zikir-zikir ketika hendak tidur dan zikir-zikir selepas bangun tidur...
> Tetapi, sesiapa yang tidur tanpa berzikir (kepada Allah), maka dibimbangi amanah akan dicabut daripada hatinya apabila dia bangun dari tidurnya."
📚 At-Ta‘liq ‘ala Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (jilid 4, hlm. 272)