Sabtu, 09 Agustus 2025

Daripada Fiqh Dakwah kepada Allah

Daripada Fiqh Dakwah kepada Allah

Imam Ibn al-Qayyim رحمه الله berkata:

"Seorang yang benar-benar mengenal (Allah) tidak akan memerintahkan manusia supaya meninggalkan dunia, kerana mereka tidak mampu untuk meninggalkannya. Tetapi dia memerintahkan mereka supaya meninggalkan dosa-dosa sambil mereka tetap berada dalam urusan dunia mereka. Meninggalkan dunia adalah satu kelebihan (amalan sunat yang tinggi nilainya), sedangkan meninggalkan dosa adalah kewajipan. Maka bagaimana mungkin seseorang diperintahkan untuk melakukan sesuatu yang berupa kelebihan sedangkan dia belum menunaikan kewajipan?

Jika mereka merasa sukar untuk meninggalkan dosa, maka bersungguh-sungguhlah untuk menjadikan mereka mencintai Allah dengan menyebut segala nikmat, kurniaan, ihsan-Nya, sifat-sifat kesempurnaan-Nya, dan sifat-sifat keagungan-Nya. Sesungguhnya hati manusia diciptakan dalam keadaan fitrah mencintai-Nya. Apabila hati telah terikat dengan cinta kepada-Nya, maka menjadi ringan baginya untuk meninggalkan dosa-dosa, tidak berterusan melakukannya, dan menjauhinya."

— Al-Fawaid, halaman 169